Selasa, 1 November 2011

the revival

Sekian lama terbiar kerana terlupa kata laluan. Kekalutan membuatkan saya terlupa bahawa google sentiasa ada jawapan terhadap permasalahan seperti ini. Entah mengapa setelah berbulan bulan, baru hari ini saya mampu terfikir kepada solusinya.

Bangang !

Rabu, 13 April 2011

move

malware attack sudah berjaya diatasi

saya kembali berblogging di blog lama

feel free to visit :-)

Isnin, 11 April 2011

curiosity

jika ingin menonton buletin lucah, sila tukar siaran televisyen anda ke stesen televisyen arus perdana pada jam 8.00 hingga 8.30 malam

ada banyak berita tentang jubur, dubur, liwat dan video sex

dan

adakah batal wudhu' seseorang muslim itu apabila dia merokok?

apa kaitan

tiada

cuma soalan dan info

Ahad, 10 April 2011

wish card







buat saya tersenyum
walaupun wish card ini hadir lewat tiga bulan
ucapan dari rakan rakan sekerja sangat bermakna
kerana dalam kehidupan ini, masa saya lebih banyak bersama mereka
mereka mengerti saya
ucapannya lebih banyak menjurus kepada perihal jodoh saya
insyaALLAH, berkat doa kalian
harapnya termakbul nanti
terima kasih :-)

Sabtu, 9 April 2011

saya di seberang jalan

dari sini
kelihatan kanak kanak riang bermain sesama mereka
di dalam dunia mereka yang sentiasa menyeronokkan
gelak tawa tanpa menghiraukan hal yang lain
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin leteran si ibu dek kerana terlalu leka bermain hingga lewat pulang ke rumah

dari sini
kelihatan muda mudi hanyut dalam alam percintaan
dunia ini seakan milik mereka
semuanya indah indah belaka
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin kerana manis madunya sudah habis dinikmati

dari sini
kelihatan si tua sedang menikmati hari harinya dengan tenang
bersama hembusan angin petang yang mendamaikan
dunia ini seakan sudah puas diterokai
bersandar di kerusi sambil menyedut nikotin
segelas kopi di atas meja
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin kerana keuzuran yang secara senyap sedang menjalar menguasai susuk tubuhnya

hakikatnya
masalah itu ada
sedar atau tidak, kecil atau besar
hanya diri sendiri yang tahu

hidup ini umpama rumah
setiap rumah ada pintunya
setiap masalah yang ada didalamnya tiada siapa yang tahu
melainkan kamu sendiri yang membukanya.