Sabtu, 9 April 2011

saya di seberang jalan

dari sini
kelihatan kanak kanak riang bermain sesama mereka
di dalam dunia mereka yang sentiasa menyeronokkan
gelak tawa tanpa menghiraukan hal yang lain
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin leteran si ibu dek kerana terlalu leka bermain hingga lewat pulang ke rumah

dari sini
kelihatan muda mudi hanyut dalam alam percintaan
dunia ini seakan milik mereka
semuanya indah indah belaka
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin kerana manis madunya sudah habis dinikmati

dari sini
kelihatan si tua sedang menikmati hari harinya dengan tenang
bersama hembusan angin petang yang mendamaikan
dunia ini seakan sudah puas diterokai
bersandar di kerusi sambil menyedut nikotin
segelas kopi di atas meja
seakan tiada masalah
jika ada, mungkin kerana keuzuran yang secara senyap sedang menjalar menguasai susuk tubuhnya

hakikatnya
masalah itu ada
sedar atau tidak, kecil atau besar
hanya diri sendiri yang tahu

hidup ini umpama rumah
setiap rumah ada pintunya
setiap masalah yang ada didalamnya tiada siapa yang tahu
melainkan kamu sendiri yang membukanya.

8 ulasan:

whitecappuccino berkata...

kalau boleh tak nak cari masalah..tapi kadang2, masalah datang juga.

Unknown berkata...

teringat lagu lenka- trouble is a friend.

hidup tanpa masalah,mcm memasak tanpa garam.

garam,kalau dimakan begitu saja memang tidak enak.
tapi bila digaul bersama bahan-bahan lain,keseluruhannya boleh jadi lazat.

eqbalzack berkata...

saya suka masalah tuan! masalah boleh buat saya berfikir dan terus berfikir...dan boleh hasilkan kejayaan yg luar biasa! hehe

Anisa Hang Tuah berkata...

hanyut dibawa simfoni cinta.

Tanpa Nama berkata...

hanyut dalam dunia yg penuh maksiat..

* folo ur blog..

iwan de la roc berkata...

@whitecappuccino - masalah seperti bayang bayang, sentiasa ada

@april - ermmm, ada betulnya juga

@eqbalzack - depend, ada masalah yg menaikkan semangat, ada masalah yang buat kita down

@anisa - indeed

@sekamar rindu - tqvm

Sca Ndx berkata...

kdg2 mslh kena luahkan kan? macam rumah baru. kena buat doa selamat baru org tahu.

btw. bila lak kau tukar blog ni. aku baru perasan.heheh

iwan de la roc berkata...

@sca ndx - baru tukar..blog lama kena malware laaaa